16 March 2012

Orang sabar pun reti rasa bosan kadang-kadang



Saya bukan sahaja memandu berulang-alik dari Bota-Ipoh-Bota setiap hari untuk kerja bahkan saya juga di hujung minggu secara berselang-seli (memandu merentasi jalan Beruas) ke Parit Buntar dan ke Besout, Sungkai.


Ini bermaksud saya memang berjam-jam memandu tujuh hari seminggu.


Saya tak pasti apa efek aktiviti begini di kemudian hari. Mungkin saya boleh ambil lesen baru dan mula menceburkan diri dalam karier baru seperti pemandu lori. Kahkahkah! Ok, saya tahu tak kelakar.


Saya harap Tuhan berikan saya petunjuk untuk melihat petandaNya (sikkkkit pun jadilah..) bahawa saya mendapat perkara terbaik selepas melakukan semua ini nanti. Abah saya baru buat keputusan untuk terus tinggal di kuarters sekarang ini dan pencen sehingga tahun 2015.


.......2015. Lagi tiga tahun setengah saja lagi untuk bersabar.






13 March 2012

Face to face


Hari tu kes kat Court lambat betul. Serius lambat. Masa tu Abai pergi menuntut keadilan dan pergi bersemuka dengan tuan pegawai. Kemudian aku dengar orang belakang aku sindir-sindir tindak-tanduk Abai. Lebih kurang nak mengatakan junior pun nak komplen. Senior tak tak komplen pun. Aku toleh ke belakang dan berdepan. Lalu aku balas, "sebab senior suka potong queue". Sambil buat muka ala-ala Lady Morgana.


Hari yang lain pula aku beli yong tau fu. Aku dapati penjual tu tak letak tanda harga. Tapi aku beli juga. Kena dalam lapan ringgit lebih. Sebenarnya okay je dengan kuantiti yang aku ambik. Cuma aku sajalah pergi tanya jugak, "brader, apsal tak letak tanda harga ni eh?" Haha. Gagap juga dia menjawab.


Ada satu lagi kisah yang lebih kurang sama. Tapi sekarang ni aku lupa pula. Sabar jer lah. Hari tu masa tengah gosok gigi aku dah deraf cerita tu dalam kepala. Memandangkan aku lupa, maka biar sajalah. Cukup dua situasi saja. Nanti bila aku ingat aku slot in dalam entri di lain kali.


Jadi aku nak cerita, semenjak aku tak update di FB tiba-tiba aku berfikir bahawa 'hal ini harus aku setel secara depan-depan' bila ada situasi yang aku rasa aku tak puas hati dan perlukan penyelesaian segera. Update kat FB pun tak membawa ke mana. Kahkah.


Sekarang baru rasa kelakar dengan perangai sendiri bila komplen peniaga, produk, servis etc kat FB dulu sedangkan orang yang terlibat tak baca pun. Saja nak puaskan hati sendiri jer lah kan..

Ok, mak aku sms suruh beli kelapa dalam perjalanan balik kerja nanti. Chiow!



09 March 2012

Menakluk dunia


Makan sendirian di tempat awam?


Dulu saya tidak pernah melakukan ini. Serius tak pernah. Dari asrama sekolah hinggalah ke zaman hadir ke kuliah. Kalau ada pun keadaan makan sendirian, maka akan dibungkus makanan dan bawa balik. Di tempat awam, tidak.



Tapi masa berubah, urusan berubah, jiwa berubah. Sejak setahun yang lalu saja saya baru cuba-cuba makan sendirian. Di tempat awam. Masa mula-mula memang menggigil. Takut tak usah cakaplah. Takut orang pandang. Takut orang mengorat. Semua takut. Saya bukan berani sangat orangnya.Tapi pesanan Ustaz Pahrol saya cuba sangkut di hati iaitu, siapa yang Allah ada di hatinya maka keyakinannya kuat dan sendirian bukanlah perkara yang menakutkan. Siapa yang Akhirat berada dalam hatinya maka dunia akan datang lalu tunduk kepadanya.




(sumber: google)


Masa mula-mula, saya hanya berani makan sendirian di restoran makanan segera. Sebab kat situ rasanya macam okay jer kot. Kemudian, saya mula rasa alamak rabaklah poket kalau asyik nak kena makan tempat ada aircond saja.


Jadi saya cuba ke warung-warung pula. Seperti awalnya, warung pertama memang menakutkan. Apatah lagi bila pandang meja orang yang makan sambil riuh bersembang. Tapi saya cuba. Dan rupanya taklah susah sangat. Sebenarnya kalau orang pandang pun, dia pandang sajalah. Tidak pula pandangannya menyebabkan nasi di pinggan jadi kurang. Haha.


Waktu itu saya sudah mula selesa sikit-sikit makan sendirian. Yang bagusnya bila berani makan sendirian ini, saya rasa pilihan tempat makan saya semakin banyak. Maksudnya, saya boleh pilih semua tempat makan yang saya suka di Ipoh ini. Pergi sajalah ke mana pun. Tanpa memikirkan selera, waktu dan urusan orang lain. well, kadang-kadang sebab nak makan saja boleh habis 7-8 sms sebab nak confirm kan venue. Kan?


Cabaran saya waktu itu adalah restoran mamak. Walaupun saya sudah boleh makan sendirian tapi belum boleh di kedai mamak. Saya ambil waktu juga memberanikan diri. Beberapa bulan sudah, saya akhirnya berjaya makan sendirian di kedai mamak. Restoran Vanggey yang terkenal itu lagi. Wahhh!


Tapi kat Vanggey itu masa pertama kali pergi masihlah berkawan juga. Kihkihkih.


Hari-hari makan sendirian?


Eh taklah. Dalam seminggu adalah dalam satu atau dua kali saja. Saya masih hidup bermasyarakat. Tapi saya memaksudkan bila ada keadaan yang saya kena makan sendirian, tidaklah saya sampai stress atau down etc memikirkan kena makan sendirian sampai kena tulis kat FB/twitter. Relax saja.. Dengan keberanian itu, saya telah memudahkan hidup saya sendiri. Bila hidup saya mudah, senanglah saya menguruskan cabaran hidup yang lain. Bila hidup saya mudah, saya mungkin ada masa boleh bantu orang lain. Bila hidup saya tidak gelisah, saya mungkin boleh berfikir benda-benda yang boleh mendatangkan faedah kepada alam sejagat. Sekurang-kurangnya saya menyumbang kepada pengurangan statistik kadar kemurungan di negara ini. Kahkah!


Cabaran makan sendirian yang belum dilepasi setakat hari ini?


Di kenduri kahwin. Okay, ini saya akui memang belum ada keberanian lagi. Hehe. Tapi kan, kalau saya boleh survive makan sendirian di majlis kahwin (atau bertemankan teman-teman yang baru dikenali- jika ada)...saya mungkin sudah menakluk dunia yang fana ini mengikut persepsi saya sendiri.


07 March 2012

Setahun yang lalu dia tinggalkan mesej ringkas- "La Tahzan"



Hello Mac!


Sudah seminggu berada di bulan Mac tapi blog ini belum mengepos sebarang entri. Adakah tuannya busy kerana e-filing? Kahkah! Me
stilah bukan.. Well, cakap pasal hal e-filing kat Ipoh ni nak tergelak pun ada. Tapi malaslah nak cerita.


Anyway, saya baru habiskan baca novel Jula Juli Bintang Tujuh. Novel baru dari Jemari Seni. Kelakar dan okaylah. Nampak juga tempias-tempias Kak Su di situ. Tapi asalkan novel boleh dibaca lancar saya okay dah. Novel itu laju. Laju seperti menonton drama Korea. Peribahasa baru: "Laju seperti menonton drama Korea. Perlahan seperti menonton sinetron Indonesia". Ah, saya rasa ia memang pun jelmaan drama Korea versi novel. Lelaki kacak
berhati dingin tetapi bersikap melindungi secara diam-diam dan bertemu dengan gadis comel yang degil bercita-cita besar dan berani tak kena tempat. Saya suka dialog-dialog dalam novel ini. Boleh menghamburkan ketawa secara tiba-tiba. Atau kadang-kadang mengulang-ulang baca ayat yang sama sebab sangat comel dan seperti tak puas-puas membacanya. Novel ini okay, sebagai hiburan ketika menunggu di Court.




Kemudian, saya juga baru beli CD Zikir Terapi Diri. Hafiz Hamidun. Masa mula-mula belek CD selepas membeli saya berkata begini dalam hati - Amboi, sen
angnya orang buat duit. Lagukan zikir dan buat album. Sebabnya, saya tengok zikirnya jenis yang mudah sangat. Kira macam dari sekolah rendah dah hafal semuanya. Perghhh berlagak nampak Rin. Tak baik tau.


Tapi selepas saya pasang CD tersebut barulah saya tahu bahawa saya yang tak faham konsep album rupanya. Dah terang lagi bersuluh album itu adalah irama terapi. Bukan irama untuk menghafal. Hahaha. Best rupanya. Walaupun zikirnya jenis yang mudah-mudah (yang dah biasa didengar sejak sekolah rendah) tapi iramanya tidak. Sungguh mententeramkan perasaan seperti sedang lepak-lepak di sebuah coffee house pula rasanya. Kalau memiliki spa, pasang CD ni pun sesuai. Butik pun okay. Bakeri pun boleh. Relax sangat..



Nurul, sila beli CD ini dan pasang di salun anda (^_^) *atau aku bawa CD sendiri ketika berkunjung ke sana kelak... T________T


Owh, saya baru saja dilawati oleh staf saya yang menghidap kanser itu. Hehe, teruknya. Bukan saya pergi melawat dia pula datang melawat. Tapi dia datang melawat di office. Perkembangannya? Dia ada tiga kali lagi sesi kimo untuk dihadapi. Sekarang memakai rambut palsu sebab rambut dah gugur. Kami berbual-bual tentang fail-fail bank dan tentang rawatannya. Dia cakap tak sabar nak habiskan rawatan dak kembali bekerja. Okay, insaflah saya apabila mendengarnya. Selalunya kita memang macam tu kan. Masa sihat walafiat rasa malas-malas dan menyampah nak pergi kerja. Bila kenikmatan bekerja itu ditarik barulah tau betapa berharganya rutin setiap pergi kerja itu. Hm,sebelum dia pulang, saya mencadangkan dia rekod segala yang dihadapinya sekarang ini.


"Manalah tau kan bila dah sembuh nanti boleh tulis buku.. dapat royalti!" :)




29 February 2012

Masalah yang belum berlaku.


Banyak yang terkumpul dalam kepala sebenarnya. Kadang-kadang merasa sarat juga. Tapi kemudian merasa syukur kerana dengan adanya permasalahan dalam kepala aku dapat tahu bahawa otak aku masih berfungsi dengan baik.


Mula-mula aku agak tergamam kerana harga sebungkus nasi lemak kini adalah RM1.30. Terasa mahu protes dan datanglah kepadaku pemikiran-pemikiran tentang kapitalis. monopoli dalam perniagaan, subsidi kerajaan dan pelbagai lagi. Namun begitu aku merasionalkan minda dan perasaan dengan bersyukur kerana aku masih dikurniakan rezeki untuk membayar harga tersebut. Aku tak mampu memutuskan apatah lagi mengawal harga nasi lemak di pasaran. Maka yang mampu aku buat adalah bersyukur dengan harapan kesyukuranku kepada Allah Taala akan bertambah dan bertambah di kemudian hari.


E-filing kini telah tiba di Ipoh High Court. Esok 1 Mac akan betul-betul bermula. Maka minggu ini selain kerja hakiki aku cuba dapatkan apa yang perlu agar urusan memfailkan dokumen ke Mahkamah kelak berjalan lancar. Telefon rakan, dengar taklimat, ambil nota dan pelbagai usaha lagi. Hari Isnin yang lalu, ada taklimat. Maka aku fokus pada apa aku perlu buat. Aku mahu lekas faham agar urusan aku mudah kelak. Ya aku tahu, memang kerap keluhan dan kejian terhadap e-filing muncul di timeline rakan-rakan lain. Tapi aku tak dapat explain perkara ini. E-filing ini umpama angin yang mana bukan aku yang mengawalnya. Bukan aku yang membuat keputusan. Jadi aku cuba mencari di mana layarnya agar pelayaran ini masih dalam kawalan aku. Setakat yang aku mampu.


Masa taklimat hari tu ada juga 'kecoh-kecoh' sedikit. Biasalah peguam kan suka kecoh. Ada beberapa peguam senior yang mempersoalkan macam-macam perkara. Dan beberapa prediction yang agak jauh perginya. Just in case begitu dan just in case begini..


Entah. Mungkin kerana mereka senior dan bukan dari golongan generasi Y maka e-filing ini mereka tak dapat gambarkan bagaimana. Terdetik juga di hati, ah..bukan mereka pun yang hendak uruskan ini. Masih tugas LA. Namun demikian, aku tidak menafikan ilmu dan pengalaman undang-undang mereka jauh lebih tinggi berbanding peguam generasi Y yang lekas pick up hal-hal IT tapi kurang dari aspek ilmu dan pengalaman.Tapi kita manusia tidak dijadikan untuk merasa bagus sendiri-sendiri. Bahkan kita memerlukan antara satu sama lain kerana bakat keupayaan dan kebolehan kita lain-lain. Aku dapat faham persoalan-persoalan dan kerisauan peguam-peguam senior. Khuatir kebergantungan pada sistem akan memberi kesan terhadap hal teknikal undang-undang. Dan hal teknikal ini jangan main-main. Sesebuah kes kadangkala boleh ranap begitu saja sebab halangan isu teknikal. Aku juga mengerti persoalan-persoalan itu bukanlan kerana mereka perasan bagus atau sengaja mahu tunjuk sikap rebel etc. Tapi sebab selama ini dengan sistem manual pun kami peguam tak dapat servis yang bagus juga. Dokumen hilang, lambat proses, re-filing atau kadangkala tahap re-construct file bla bla bla padahal servis itu bukanlah percuma. Maksud aku, dokumen yang kita failkan itu kita bayar. Tapi masih dilayan begitu. Tak tahulah kalau filing itu free bagaimana.


Jadi begitulah. Aku pula, kalau boleh tidak mahu predict terlalu jauh tentang masalah-masalah berbangkit. Aku tidak dikurniakan ilmu kasyaf pun. Nanti bila masalah sudah benar-benar timbul waktu itu kita akan fikirkan bagaimana. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Maka tak perlulah berfikir susah-susah sangat tentang masalah lain yang belum timbul. Anggap saja ia belum timbul kerana penyelesaiannya belum available. Seperti penyakit yang didatangkan bersama penawar. Selagi tiada penawar selagi itu Allah belum turunkan penyakit. Maka, hiduplah dengan tenang dan bersyukur. Haha, begitu mudah sekali aku berfikir. Mungkin sebab aku sudah mula berlagak seperti orang berumur 30. Walaupun secara rasminya aku akan betul-betul berumur 30 dalam setengah tahun akan datang. Hehe.


Ayat itu juga yang aku katakan pada emak. Emak adalah tipikal wanita juga. Selalu resah gelisah pada perkara yang belum berlaku. Pada suatu hari emak bercakap dengan sungguh panjang sekali meluahkan resah gelisahnya. Selepas habis bercakap dia bertanya pada aku - "macam mana?" Sambil memaparkan riak wajah mengharapkan aku ada idea untuk menyelesaikan masalah yang belum berlaku itu. Aku selamba membalas.. "Entah. Nanti bila masalah tu betul-betul jadi time itu kita fikirlah apa nak buat. Sekarang kita makan roti dulu.." Kahkah! Sungguh bertuah anak ini.



28 February 2012

Apabila subjek tentang amanah itu adalah diri sendiri.




"Bahawasanya atas nama Yang di-Pertuan Agong Malaysia diminta semua yang berkenaan supaya membenarkan pembawa pasport ini lalu dengan bebas tanpa halangan atau sekatan dan memberi apa-apa jua pertolongan dan perlindungan yang perlu kepadanya."



Touching tetiba.. (Lol!)









25 February 2012

Johor Bahru, ketika mula-mula tiba.


Ketika bas keluar di plaza tol Skudai, aku sudah tujuh jam dalam bas. Penat dan jemu sedikit. Memulakan perjalanan aku rasa okay. Tapi sejak dari papan tanda susur keluar Muar nak sampaikan ke JB aku rasa paling lama sekali. Sama ada sebab aku sudah merasa terlalu lama dalam bas atau pemandangan pokok kelapa sawit di kiri kanan jalan dan jalan rata panjang tanpa gaung (macam dekat Jelapang) yang buat aku rasa bosan.


Blackberry bergetar. Ada sms masuk- tanya di mana.


Fikir sekejap. Tak tahu nak cakap nama lokasi. Atau sebenarnya fikir itu jadi lama. Sebab sebelum sempat jawab ada panggilan masuk.


Okay, aku nyatakan bangunan apa yang aku nampak. Dan keadaan traffik.


"Cakap kat driver bas turun Bandar Baru Uda. Lambat lagi nak betul-betul sampai Larkin tu"


Bas berhenti dekat satu bus stop. Aku turun. Anggap saja bus stop itu tanah pertama yang aku jejak di JB ini. Pandang kiri kanan. Tiada orang. Dalam hati - kenapalah aku buat kerja gila ni?


Lega sikit bila nampak muka orang yang dikenali. Terus ke masjid Sultan Abu Bakar sebab aku belum Asar lagi. Bas ada berhenti di Rawang tapi waktu itu Zuhur belum masuk lagi. Jadi aku mengharapkan sisa waktu Asar yang ada. Di negara Malaysia yang tercinta ini aku belum cukup kuat untuk cuba solat dalam bas seperti yang Ustaz Don ajar. Hehe.


Mula-mula aku kerut kening sebab dalam keadaan tergesa-gesa begini aku agak tak berapa gemar solat di masjid. Well, masjid yang luas. Yang tempat wudhu'nya entah di mana. Berapa banyak masa nak kena ambil sebelum aku sempat angkat takbir.
Tapi aku tetamu dan sebagai tetamu sila jangan demand sangat terhadap tuan rumah.


Namun kemudiannya aku rasa aku suka masjid itu. Mujur aku sempat tunaikan solat jamak di situ. Ada jemaah yang baik hati sebab masa aku tegak sekejap di situ mencari apa yang aku perlu terus dia hulurkan keperluan solatku. Memberi sebelum sempat aku minta. Okay, nilai murni begini buat aku lupa perjalanan jauh ke sini.


Selepas solat aku ralit seketika dengan pemandangan dari dalam masjid. Aku belum pernah tengok laut dari dalam masjid. Berada di saf masjid dan boleh nampak laut. Ini sesuatu yang awesome!